Saturday, April 7, 2012

Program Nadwah Kepimpinan

Alhamdulillah, pada 18hb Februari yang lalu, bertempat di Dewan Madai, Hospital Kunak, PSS Kunak telah bejaya menganjurkan Program Nadwah Kepimpinan untuk ahli jawatankuasa Kelab Al-Fath. Seramai 11 orang peserta telah berjaya mengikuti program ini.
Program Nadwah Kepimpinan bertujuan untuk membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina individu yang mampu mengurus emosi dengan cara yang betul, membentuk jati diri pemimpin yang kuat dari segala aspek serta mewujudkan persefahaman dalam gerak kerja berkumpulan. Bagi mencapai matlamat program, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti "ice breaking", ceramah, LDK dan tayangan video.

1 comment:

  1. [MediaPSS] Tahniah atas penganjuran Nadwah ini. semoga PSS Kunak mampu melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah muda untuk kegemilangan Islam..

    ReplyDelete